Konsert hebat tak patut susahkan penduduk! Trafik lancar, penonton pulang selamat – Hannah Yeoh

Konsert hebat tak patut susahkan penduduk! Trafik lancar, penonton pulang selamat – Hannah Yeoh

Penganjuran konsert berskala besar di Kuala Lumpur perlu mengambil kira keselesaan penduduk setempat, khususnya dalam aspek kesesakan lalu lintas dan pergerakan penonton selepas acara tamat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan bahawa kejayaan sesebuah konsert bukan hanya bergantung kepada persembahan di pentas, sebaliknya turut melibatkan kelancaran perjalanan penonton untuk hadir dan pulang.

“Konsert yang hebat tidak sepatutnya menyusahkan penduduk sekitar,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

May be an image of one or more people

Menurut Hannah, beliau telah mengadakan mesyuarat bersama beberapa agensi dan pihak berkepentingan bagi memperkemas penyelarasan penganjuran konsert di ibu negara.

Antara yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Stadium Negara, Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), Grab, Prasarana serta Persatuan Seni, Acara Langsung, Konsert dan Festival Malaysia (ALIFE).

May be an image of text

Beliau berkata, perbincangan itu memberi tumpuan kepada pengangkutan awam, perkhidmatan e-hailing dan pengurusan trafik bagi memastikan ribuan pengunjung dapat bergerak dengan lebih selamat dan lancar.

Langkah tersebut juga penting untuk mengurangkan kesesakan serta gangguan terhadap penduduk yang tinggal berhampiran lokasi penganjuran acara.

May be an image of one or more people and text

Dalam masa sama, Hannah menegaskan bahawa Kuala Lumpur perlu terus menjadi destinasi pilihan bagi penganjuran konsert dan acara antarabangsa tanpa mengabaikan kepentingan masyarakat setempat.

“Kita mahu lebih banyak konsert dan acara antarabangsa memilih Kuala Lumpur. Namun kepentingan penduduk setempat tidak boleh diketepikan.
“Bagi saya, pengalaman konsert bukan berakhir apabila persembahan tamat tetapi apabila penonton dapat pulang dengan selamat dan lancar,” ujarnya.

Sumber: FB Hannah Yeoh

Scroll to Top