“I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Enggan Menghadap Ismail Lasim | Oh! Media

“I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Enggan Menghadap Ismail Lasim | Oh! Media

Trending

Video Tuanku Muhriz murka terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan tular susulan isu kedudukan baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar.

Intipati berita

  • Video Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menegur Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, tular di media sosial susulan isu kedudukan baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar.
  • Tuanku Muhriz mempersoalkan tindakan Ismail menghantar surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang didakwa menyatakan baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
  • Baginda bertitah Ismail tidak perlu menghadap selagi kenyataan tersebut tidak ditarik balik. Bagaimanapun, konteks penuh rakaman itu masih belum dapat dipastikan.

Video satu rakaman di Threads, detik tegang antara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim kini menjadi perhatian ramai selepas tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi hampir tiga minit itu, Tuanku Muhriz dilihat meluahkan kemurkaan terhadap Ismail susulan surat yang didakwa dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, memaklumkan bahawa baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Go away, I don’t want to see you” – Tuanku Muhriz

Dalam video berkenaan, Tuanku Muhriz mempersoalkan tujuan Ismail menghadap baginda selepas tindakan menghantar surat tersebut.

Ismail Lasim tulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar baru-baru ini mengatakan keputusan yang dia buat bersama exco ialah sah dan saya ni bukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dia datang jumpa saya hari ni buat apa? Selagi tak tarik balik apa yang dia kata tu, jangan datang jumpa saya. Go away, I don’t want to see you (pergi, saya tak mahu jumpa kamu).

Faham ke tak? Awak kata saya bukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Rakaman itu dipercayai diambil selepas Solat Jumaat di Masjid Kampung Beting, Kuala Pilah.

Dalam video tersebut, Ismail dilihat hanya terdiam dan memberikan sembah hormat sebelum Tuanku Muhriz berlalu. Tindakan itu kemudian disusuli laungan “Daulat Tuanku” oleh orang ramai.

Bagaimanapun, kesahihan konteks penuh video berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Proklamasi turun takhta Tuanku Muhriz

tuanku muhriz

Untuk rekod, krisis institusi diraja Negeri Sembilan tercetus sejak April lalu susulan proklamasi yang dikeluarkan Undang Yang Empat bagi menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

BACA: Tuanku Muhriz Diturunkan Takhta, Negeri Sembilan Umum Tuanku Nadzaruddin Sebagai Yang Di-Pertuan Besar Baharu

Kumpulan Undang kemudian didakwa mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baharu di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka pada Jun.

Pada 16 September lalu, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan mengumumkan bahawa proklamasi berkenaan adalah sah.

Susulan perkembangan itu, Tuanku Muhriz pada 20 September membatalkan pelantikan kesemua ahli Exco berkenaan berkuat kuasa serta-merta.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top