Zi Yu ke final Kejohanan Dunia Remaja kali ketiga berturut-turut

Zi Yu ke final Kejohanan Dunia Remaja kali ketiga berturut-turut

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Low Zi Yu mara ke final beregu wanita Kejohanan Dunia Remaja buat kali ketiga berturut-turut selepas menempah tiket ke pentas final di Mesir, hari ini.

Zi Yu yang bergandingan dengan Genevie Lim menewaskan pasangan China, Shi Si Chen-Xiang Yu Jin 15-9, 15-11 pada aksi separuh akhir di Stadium Antarabangsa Kaherah.

Zi Yu sebelum ini muncul naib juara pada edisi 2024 bersama Dania Sofea Zaidi sebelum sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak bersama Noraqilah Maisarah Ramdan tahun lalu.

Kini, pemain pilihan kedua Malaysia itu mempunyai satu lagi peluang untuk menukar kilauan perak kepada emas pada aksi final esok.

Zi Yu-Genevie bakal berdepan sama ada pasangan Jepun, Nijika Kamata-Shizuku Kashio atau gandingan Korea Selatan, Choi Ye Da-Kim Min Chae pada perlawanan akhir.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top