am@hmetro.com.my
Sepang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 di Apartment Horizon Suites, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 5.54 pagi tadi.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menyiasat kejadian itu.
“Proses bedah siasat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sudah selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norhizam berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak itu berada di rumah.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu.
“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee di talian 014-314 5347 bagi membantu siasatan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




