Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Denmark

Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Denmark

HASRAT beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan gelaran berganda buat Malaysia di Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tunduk kepada gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di SJ Bank Arena, Odense, pasangan negara itu kalah straight set, 8-21, 11-21 dalam tempoh 31 minit.

Ini merupakan kekalahan ketiga buat pasangan negara kepada beregu Indonesia tersebut dalam lima pertemuan sebelum ini.

Terdahulu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menceriakan peminat badminton tanah air apabila muncul juara Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita.

Scroll to Top