“Tak Pernah Sekali Saya Bayar Untuk Makan, Semua DJ Kidd Yang Bayar” 

“Tak Pernah Sekali Saya Bayar Untuk Makan, Semua DJ Kidd Yang Bayar” 

Pelakon Emma Maembong menyifatkan teman lelakinya, DJ Kidd seorang yang bertanggunjawab serta rajin mencari rezeki.

Memetik Astro Gempak, Emma berkata dia tertarik dengan teman lelakinya kerana sikapnya yang mementingkan keluarga serta suka membuatkan dirinya ketawa.

BACA: Emma Maembong, DJ Kidd Kembali Bercinta?

“Dia (DJ Kidd) seorang yang sangat bekerja keras dan suka buat saya ketawa. Dari dulu orang tanya apa ciri-ciri idaman lelaki yang saya nak.

“Jawapan saya adalah saya tak kisah dia kaya atau tidak yang penting dia perlu pentingkan keluarga, pandai bawa diri dan bertanggungjawab.

“Saya merupakan seorang yang pentingkan keluarga jadi semua itu ada pada dia walaupun pekerjaannha begitu tapi insya-Allah kalau ada rezeki yang bagus akan jadi bagus,” katanya.

Sementara itu, Emma berkata DJ Kidd mempunyai sifat kebapaan yang tinggi apatah lagi kekasihnya itu sudah pun mempunyai cahaya mata.

“Sifat kebapaan dia sangat tinggi. Dia pun dah ada dua orang anak jadi bila dengan anak saya dia automatik tahu macam mana nak jaga,” katanya.

Dalam pada itu, Emma berkata dia tidak pernah membayar makan mahupun perbelanjaan lain apabila keluar bersama kekasihnya itu.

“Dia sangat kuat bekerja untuk mendapatkan sesuatu. Dia sanggup kerja siang malam untuk beri komitmen buat saya. Tak pernah sekali saya bayar untuk makan atau perbelanjaan lain, semuanya dia yang bayar.

“Walaupun kadang-kadang pendapatannya tidak menentu tetapi dia tetap akan bayar. Jadi disebabkan itulah saya rasa rezeki dia mencurah-curah,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top