Apa nak jadi? Merisaukan! Terengganu, Kelantan rekod kadar penyalahgunaan dadah tertinggi

Apa nak jadi? Merisaukan! Terengganu, Kelantan rekod kadar penyalahgunaan dadah tertinggi

Terengganu dan Kelantan merekodkan dua kadar penagihan serta penyalahgunaan dadah dan bahan tertinggi di Malaysia berdasarkan statistik sehingga Jun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, Terengganu mendahului senarai dengan kadar 735 orang bagi setiap 100,000 penduduk, manakala Kelantan berada di kedudukan kedua dengan 694 orang.

Menurutnya, Kedah dan Perlis turut mencatatkan kadar tinggi, masing-masing 669 dan 646 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Secara keseluruhan, sebanyak 130,307 kes penyalahgunaan dadah dan bahan direkodkan di seluruh negara, bersamaan kadar 381 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

“Faktor geografi termasuk laluan penyeludupan rentas sempadan turut dikenal pasti sebagai antara faktor risiko yang mempengaruhi masalah dadah di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
pelatih pusat serenti

Kredit Foto: Bernama

Ruslin menjelaskan, statistik tersebut diperoleh daripada data bersepadu AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Pemulihan Persendirian.

Bagi membendung gejala berkenaan, AADK melaksanakan 242 program pencegahan dan kesedaran awam yang melibatkan 16,408 peserta, termasuk 228 program di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

SEBAHAGIAN penagih yang berjaya ditahan dalam operasi OPS Perdana dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu. FOTO Ihsan AADK

Sementara itu, sebanyak 4,253 operasi penguatkuasaan dijalankan di seluruh negara sehingga 18 Oktober lalu, dengan 30,157 individu ditahan untuk menjalani program rawatan dan pemulihan.

Dalam perkembangan sama, purata individu yang tampil secara sukarela bagi mendapatkan rawatan meningkat daripada 75 orang sebulan pada 2025 kepada 232 orang sebulan tahun ini.

“Peningkatan ini menunjukkan perkembangan positif susulan pelaksanaan pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Fahmi Ismail)

Scroll to Top