Jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa berkongsikan pendapatnya mengenai wajah pelakon Bella Astillah yang dikatakan seiras dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi perkongsian di Threads, Alha yang menatarias Bella di malam berinai tempoh hari berkata Bella dan Siti Nurhaliza mempunyai bentuk pipi yang berbeza.
BACA: “Bila Saya Tengok Bella, Saya Nampak Tun Siti Hasmah” – Space Dollah
Namun, Alha tidak menafikan kedua-duanya mempunyai kening yang iras serta mengakui dilihat mirip sekilas pandang.
“Ok jujur saya cakap eh, bila saya makeup Bella, bentuk hidung dari side profile, bentuk mata yang tak de kelopak dan jenis mata redup tak garang, tahi lalat original sama, dan bentuk dahi.
“Kening pun iras-iras. Cuma Bella pipi bulat sikit, Tokti buah pipi mahal apple cheek tu. Jujur iras tu ada. Bila bergerak-gerak tu sekali kilas akan nampak ada sikit iras tu,” katanya.
Dalam pada itu, Alha turut berkata keperibadian kedua-duanya yang sopan serta lemah lembut membuatkan mereka disayangi.
“Sopan, lemah lembut tu kot yang membuatkan diorang ni disayangi ramai. Apa pun masing-masing ada kecantikan masing-masing,” katanya.




