“Pengantin Tak Buka Mulut, Yang Tak Ada Kena-Mengena Kenapa Berbunyi?”

“Pengantin Tak Buka Mulut, Yang Tak Ada Kena-Mengena Kenapa Berbunyi?”

Baru-baru ini, ketidakhadiran pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi ke majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq menjadi persoalan dikalangan netizen.

Memetik Harian Metro, Aznil berkata dia sudah mendapat jemputan sebelum tarikh perkahwinan pasangan itu namun tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain.

BACA: Amyza Aznan Menangis Terima RM191,947, Pak Nil Serah Sumbangan Orang Ramai Untuk Adrian

Sementara itu, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berkata dia turut diminta untuk pengacara majlis berkenaan serta mengakui ralat tidak dapat penuhi permintaan itu.

“Saya tak berkelapangan untuk hadir dan sebenarnya wakil daripada Syed Saddiq sudah jemput saya sebelum kalian tahu tarikh perkahwinan mereka lagi.

“Cuma saya tak berkelapangan semasa pernikahan dan juga resepsi kerana saya ada majlis sendiri. Pada waktu yang sama juga, sebenarnya saya dipancing juga untuk menjadi hos majlis perkahwinan tetapi saya berasa ralat kerana tak dapat tunaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Pak Nil berkata orang ramai tidak sepatutnya mengambil tahu sama ada seseorang itu hadir ke majlis perkahwinan atau tidak.

“Kenapa hendak bertanya sama ada orang itu datang atau tidak. Semua mempunyai agenda tersendiri, yang penting kita doakan perkahwinan serta kebahagiaan mereka.

“Pengantin tak buka mulut, jadi yang tak ada kena-mengena dengan keluarga pengantin dan pengantin ini, kenapa berbunyi? Sekian, terima kasih,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top