LONDON, Oct. 25, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — EBC Financial Group (EBC) telah memperluaskan fungsi dagangan langsung dalam EBC App, dengan menggabungkan pengurusan akaun, kemudahan pembiayaan serta pelaksanaan dagangan dalam satu platform mudah alih. Sejak diperkenalkan secara berperingkat pada 14 September 2026, ciri dagangan ini telah diperluaskan ke lebih banyak pasaran, dengan fasa peluasan terbaharu dilaksanakan pada 21 Oktober. Akses kepada perkhidmatan ini tertakluk kepada lokasi klien, kelayakan akaun dan entiti EBC yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

“Misi syarikat adalah untuk membantu klien kami berdagang dengan lebih berkesan melalui platform yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. EBC App kini membolehkan mereka memantau akaun, mengikut status pesanan serta menguruskan pendedahan risiko tanpa perlu bertukar-tukar antara pelbagai platform. Penggabungan fungsi-fungsi ini dijangka memudahkan pengurusan akaun harian, sambil memastikan risiko dan tanggungjawab dagangan kekal jelas,” kata Andria Phiniefs, Marketing Director, EBC Financial Group.

Perkara Yang Boleh Dilakukan Oleh Klien Melalui Aplikasi

Klien boleh melihat sebut harga masa nyata dan berdagang kontrak untuk perbezaan (CFD), yang membolehkan mereka mengambil kedudukan berdasarkan pergerakan harga tanpa memiliki aset pendasar, merentasi lebih daripada 300 pasangan forex, komoditi, indeks, saham dan dana dagangan bursa (ETF). Mereka boleh membuat pesanan pasaran yang dilaksanakan pada harga semasa atau pesanan tertunda yang hanya akan dilaksanakan apabila harga mencapai paras yang telah ditetapkan. Mereka juga boleh menetapkan paras ambil untung dan henti rugi untuk menutup posisi secara automatik pada untung atau rugi pilihan, membatalkan pesanan serta menutup beberapa posisi dengan sekali ketik.

Memandangkan CFD didagangkan secara margin, alat ini membolehkan pedagang menetapkan had risiko sebelum berlakunya pergerakan harga. Leveraj memperbesar potensi keuntungan dan kerugian, malah kerugian boleh melebihi jumlah deposit. Henti rugi juga bukan jaminan. Dalam pasaran pantas, harga boleh melangkaui paras pilihan (jurang harga), lalu pesanan mungkin dilaksanakan pada harga kurang menguntungkan. Diperkenalkan menerusi pelancaran EBC App pada Julai lalu, alat pesanan ini membantu pedagang mengurus pendedahan pasaran dengan lebih jelas, bukannya menghapuskan risiko tersebut.

Satu Aplikasi Daripada Pembukaan Akaun Hingga Pelaksanaan Dagangan

EBC memperkenalkan EBC App pada 7 Julai 2026 sebagai sebuah platform pengurusan akaun. Sebelum ini, klien sudah boleh membuka akaun dan melengkapkan proses pengesahan identiti melalui aplikasi tersebut, membuat deposit dan pengeluaran dana serta mendapatkan sokongan berbilang bahasa 24/7. Mereka juga boleh beralih antara akaun, dengan dana, posisi dan aktiviti dagangan disegerakkan dalam masa nyata. Dengan fungsi dagangan sebenar, aplikasi ini kini merangkumi langkah terakhir: melaksanakan dagangan.

Apa yang Berlaku Selepas Ketikan

Melalui Smart Order Routing Engine milik kumpulan itu, lebih daripada 87.6% pesanan EBC dilaksanakan pada harga yang lebih baik daripada harga yang diminta. Dengan kata lain, pesanan tersebut dilaksanakan pada harga yang lebih menguntungkan pelanggan berbanding harga sebutan ketika pesanan dibuat. Persekitaran dagangan EBC menawarkan purata masa pelaksanaan 20 milisaat (ms), kapasiti memproses 1,000 pesanan sesaat dan kestabilan sistem 98.75%, disokong oleh infrastruktur pelayan talian sewa persendirian Tahap 4 yang meliputi lima hab kewangan global serta 30 pusat data di seluruh dunia.

Penentuan harga disokong oleh lebih daripada 50 penyedia kecairan bank dan bukan bank, termasuk J.P. Morgan, UBS, Barclays dan Goldman Sachs. EBC menawarkan spread ECN mentah serendah 0.0 pip, iaitu perbezaan antara harga beli dan harga jual, serta lima tahap kedalaman pasaran (market depth) yang memaparkan harga dan volum yang tersedia di luar sebut harga terbaik.

Ketersediaan EBC App

EBC App, yang disediakan oleh EBC Financial Group (SVG) LLC, boleh dimuat turun untuk peranti iOS dan Android melalui laman muat turun rasmi di https://www.ebc.com/mobile. Fungsi dagangan, instrumen pelaburan dan perkhidmatan akaun adalah tertakluk kepada keperluan tempatan yang berkenaan serta kelayakan klien.

Dagangan forex dan CFD secara margin melibatkan risiko yang ketara, termasuk kemungkinan kerugian besar dalam tempoh yang singkat. Arahan henti rugi boleh membantu mengurus pendedahan risiko, namun tidak dapat menjamin pelaksanaan pada harga tertentu. Perlindungan yang tersedia kepada klien, termasuk sebarang had kerugian, bergantung pada entiti kontrak, klasifikasi akaun dan peraturan yang terpakai.

Untuk maklumat lanjut daripada EBC, layari: www.ebc.com.

Penafian: Bahan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai cadangan atau nasihat daripada EBC Financial Group serta semua entitinya (“EBC”). Perdagangan Forex dan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) secara margin melibatkan tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Kerugian boleh melebihi jumlah deposit anda. Sebelum berdagang, anda harus mempertimbangkan objektif perdagangan, tahap pengalaman dan selera risiko anda dengan teliti, serta mendapatkan nasihat kewangan bebas jika perlu. Statistik atau prestasi pelaburan terdahulu bukan jaminan prestasi masa depan. EBC tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang terhasil daripada kebergantungan pada maklumat ini.

Perihal EBC Financial Group
Ditubuhkan di London dan dianugerahkan gelaran “Best Global Broker” oleh World Finance selama empat tahun berturut-turut, EBC Financial Group mengendalikan entiti yang dikawal selia oleh FCA, ASIC, CIMA dan FSCA serta menyediakan perkhidmatan kepada lebih 8 juta pengguna berdaftar di lebih 100 negara dan wilayah. Sebagai Rakan Rasmi FC Barcelona, EBC turut memperjuangkan pendidikan kewangan melalui kerjasama dengan Jabatan Ekonomi di Universiti Oxford, program United to Beat Malaria di bawah UN Foundation serta pelbagai badan kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia menerusi badan amalnya, EBC Group Foundation.

Hubungan Media:
Faiz Alavi Sulaiman
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam Global
faiz.sulaiman@ebc.com  

Aldric Tinker
Ketua Perhubungan Awam Global
aldric.tinker@ebc.com