ASSEN, Belanda: Pelumba Yamaha Maverick Vinales akan bermula dari petak utama MotoGP Belanda selepas menguasai sesi latihan dan kelayakan.
Penunggang Sepanyol itu merakam 1 minit 31.814 saat, rekod baharu litar berkenaan.
“Sejak sesi latihan pertama, saya mempunyai cengkaman yang membolehkan saya lebih pantas.
“MotoGP mempunyai cara tersendiri. Jika kami mengharungi siri perlumbaan kurang bagus, saya boleh menjadi lebih pantas, tetapi saya perlu mempunyai perasaan tertentu,” kata Vinales.
Pendahulu kejuaraan yang juga rakan sepasukan Vinales, Fabio Quartararo dari Perancis akan bermula di petak kedua, manakala pelumba Ducati dari Itali Francesco Bagnaia ketiga. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




