am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberi amaran mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini boleh membawa implikasi undang-undang yang serius memandangkan pendaftaran gabungan itu sudah dibatalkan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua pihak harus mengekalkan status quo keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sehingga semua prosiding mahkamah selesai.
Beliau mempertikaikan mengapa Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengeluarkan jemputan mesyuarat pada 23 Oktober itu, sedangkan satu notis rayuan telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada hari yang sama bagi pihak Pendaftar Pertubuhan dan Menteri Dalam Negeri.
“Jika PAS dan sekutunya tetap meneruskan mesyuarat ‘Majlis Tertinggi Perikatan Nasional’ dalam situasi yang dijelaskan di atas, BERSATU bimbang prosiding mesyuarat tersebut serta keputusan yang dibuat di dalamnya membawa implikasi undang-undang yang serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




