Intipati berita
- Kaka Azraff meluahkan rasa kesal terhadap lelaki yang didakwa mengabaikan anak demi berseronok dan berparti.
- Kaka menyifatkan sikap tersebut sebagai tidak bertanggungjawab menerusi hantaran di Threads, termasuk menulis, “Lelaki bodoh tidak ada akal.”
- Hantaran itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, dengan segelintir membuat andaian ia mungkin ditujukan kepada bekas suaminya, Adam Azriff.
- Kaka dan Adam sah bercerai talak dua pada 4 Jun lalu. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki sepanjang perkahwinan.
Penyanyi, Kaka Azraff mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa kesal terhadap lelaki yang didakwa sanggup mengabaikan tanggungjawab terhadap anak sendiri demi berseronok.
Menerusi satu hantaran di Threads, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff tidak menyebut mana-mana individu secara khusus, namun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap tersebut.
Anak kau abai, parti kau sampai.
Lelaki bodoh tidak ada akal.
Kaka Azraff tegaskan sikap itu layak dikecam?

Dalam hantaran berbeza, Kaka turut menyatakan bahawa perbuatan sedemikian wajar menerima kecaman.
Tidak marah, tak benci.
Tapi layak dimaki.
Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi apabila rata-rata netizen mula membuat andaian bahawa kenyataan itu mungkin ditujukan kepada bekas suaminya, Adam Azriff.
Bagaimanapun, terdapat juga warganet yang berpendapat hantaran berkenaan mungkin tidak merujuk kepada sesiapa secara khusus.
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuklah.
Sabarlah Kaka, memang lumrah jumpa lelaki tak guna.
Bekas suami ke? Selalunya bila sudah cerai, baru akan nampak warna sebenar.
Kaka Azraff sah bercerai dengan Adam Azriff

Untuk rekod, Kaka dan Adam sah bercerai talak dua pada 4 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Sebelum itu, pasangan berkenaan pernah bercerai pada 28 Oktober 2024 sebelum kembali rujuk pada awal tahun 2025 ketika masih dalam tempoh idah.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.




