Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, masih dalam proses untuk dimuktamadkan.
KDN ambil perhatian & hargai pandangan masyarakat
Dalam kenyataan hari ini, KDN mengambil perhatian serta menghargai pandangan masyarakat berhubung urusan perkhidmatan pegawai berkenaan.
Urusan perlu dilaksana secara teratur
Menurut KDN, urusan tersebut akan dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa bagi memastikan segala proses berjalan dengan sewajarnya.
Dalam pada masa yang sama, kementerian turut menegaskan bahawa penubuhan AKPS yang kini memasuki tahun kedua bertujuan memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara.
Foto: The Edge Malaysia
Sebagai agensi penting dalam menjaga keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin, KDN memberi keutamaan untuk memastikan AKPS terus melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
KDN turut memaklumkan mengambil kira aspek kesinambungan operasi serta kelancaran pelaksanaan tugas AKPS ketika menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai.
Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri




