puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Perkongsian pelakon, Fasha Sandha menerusi hantaran di Instagram Storynya mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai hubungan bersama adiknya yang juga pelakon, Elisya Sandha.
Pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 42, bertanya pandangan orang ramai sama ada pernah berdepan situasi apabila adik-beradik sendiri memungkiri janji.
“Family is everything (Keluarga adalah segalanya). Kalau janji, kena tepati kan?
“Pernah tak adik-beradik sendiri mungkir janji? Kalau nak merajuk adik-beradik ok ke, atau anak kedua ni asyik kena mengalah je?
“Siapa anak kedua? Anak kedua memang anak terbaik kan, sebab penyabar orangnya kan?” tulisnya.
Perkongsian pelakon itu bagaimanapun dipercayai mendapat respon daripada Elisya Sandha menerusi satu hantaran berasingan di Threads.
“I (saya) ni sebenarnya jarang lah nak tulis-tulis macam ni, tapi hati ni dah sakit sangat. Memang kalau jadi adik kena mengalah eh?
“You (awak) fikir you (awak) kakak, you (awak) boleh lah nak cakap apa you (awak) nak cakap sampai sakitkan hati orang?? Ada kakak pun tak guna lah macam ni!” luahnya.
Bagaimanapun, kedua-dua pelakon ini tidak menyebut sebarang nama dalam hantaran berkenaan.
Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengharapkan hubungan mereka dalam keadaan baik dan hanyalah gimik bagi mempromosikan drama terbaharu mereka.
“Tak mungkin Elisya dan Fasha gaduh. Ternanti drama TV3,” tulis seorang netizen.
“Reveal (dedahkan) je tajuk drama baru apa dan bila keluar? InsyaAllah ada je orang nak support (sokong) tu,” tulis seorang warga maya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




