Idealyst hargai pelanggan, tawar rawatan estetik berpatutan

Idealyst hargai pelanggan, tawar rawatan estetik berpatutan

Kuala Lumpur : Klinik perubatan estetik, Idealyst komited menerokai teknologi dan rawatan terkini bagi memastikan perkhidmatan terbaik, selain menjamin kadar bayaran mampu milik untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut Pengasas Bersama Idealyst, Dr Aidil Azry Mokhtar, pengiktirafan dan pencapaian jenama Bumiputera itu sepanjang 12 tahun beroperasi adalah hasil sokongan berterusan pelanggan setia serta komitmen tinggi tenaga kerjanya.

Beliau berkata, penambahbaikan pada penampilan diri bukan sekadar aspek kecantikan semata-mata, malah berupaya meningkatkan keyakinan individu dalam kerjaya dan kehidupan seharian.

“Penambahbaikan penampilan tidak kira sekecil mana pun berpotensi meningkatkan keyakinan diri.

“Oleh itu, kami berusaha keras membantu setiap pelanggan mendapatkan rawatan terbaik dengan harga yang berpatutan,” katanya sempena Malam Penghargaan Idealyst di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 100 pelanggan setia, pelanggan berbelanja tertinggi serta kakitangan lama klinik dihargai menerusi tiga kategori anugerah disediakan.

Majlis itu turut dihadiri Pengasas Bersama, Dr Fadzlina Mohtar dan Duta Rasmi Idealyst, Datuk Zainal Abidin.

Sementara itu, Zainal meluahkan rasa syukur dan berpuas hati sepanjang dua tahun dilantik sebagai duta, khususnya terhadap keberkesanan rawatan anti-penuaan ditawarkan.

“Saya tidak ragu-ragu untuk terus bersama Idealyst kerana pendekatan perniagaan mereka tidak memaksa pelanggan membeli pakej, sebaliknya lebih berfokus kepada perancangan rawatan estetik jangka panjang,” katanya.

Untuk rekod, Idealyst yang ditubuhkan sejak 2014 kini mempunyai tiga cawangan di seluruh negara dan pernah merangkul Anugerah Pencapaian Terbaik NCTF 2025 menerusi penggunaan produk penjagaan kulit anti-penuaan dari Perancis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top