DUN Ayer Molek dijangka hadapi saingan satu lawan satu

DUN Ayer Molek dijangka hadapi saingan satu lawan satu

suzalina@bh.com.my

Hang Tuah Jaya: Dua pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tiba di Kompleks Japerun Ayer Molek bagi mengiringi calon masing-masing untuk pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, di sini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tiba kira-kira 8.30 pagi tadi bagi mengiringi calon BN, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali yang juga anak kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Sementara Pengarah Komunikasi PKR yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim hadir mengiringi calon PH, Muhammad Hakimin Mokhtar yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka.

DUN Ayer Molek dijangka menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Ridhwan dan Muhammad Hakimin.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN Ayer Molek merekodkan sebanyak 24,600 pengundi.

Sebagai rekod, Mohd Ridhwan yang juga Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya pernah tampil pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Hang Tuah Jaya namun tewas kepada Adam Adli manakala Muhammad Hakimin adalah muka baharu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top