Anwar umum RM2.5 juta projek dialisis di masjid Kelantan

Anwar umum RM2.5 juta projek dialisis di masjid Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi pelaksanaan projek dialisis di beberapa masjid terpilih di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha melalui menerusi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)-Radicare merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memanfaatkan institusi masjid bagi membantu masyarakat mendapatkan kemudahan rawatan.

“Projek ini untuk memudahkan orang ramai menerima kemudahan dialisis dan sekarang kami gunakan masjid sebagai pangkalannya dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

“Peruntukan ini membabitkan beberapa masjid terpilih di Kelantan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi di sini sini pada Sabtu.

Beliau sebelum itu, menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Jamek Muhammadi.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, kerajaan turut memperuntukkan lebih RM645,000 menerusi YWM bagi projek Wakaf Air dan pemasangan solar masjid di Kelantan.

“Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan memperluas manfaat wakaf untuk kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Scroll to Top