Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga jam 5 petang pada Ahad.

Menurut MetMalaysia, tujuh negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sabah. 

Di Perlis, amaran melibatkan seluruh negeri, manakala di Kedah membabitkan Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik, Pendang dan Langkawi.

Di Pulau Pinang, amaran meliputi seluruh negeri, sementara di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Selama, Larut Matang, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan, manakala di Johor membabitkan Kluang, Pontian, Segamat, Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi.

Di Sabah, amaran melibatkan Sandakan, Tongod, Telupid, Pantai Barat, Ranau, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Putatan, selain kawasan Pedalaman termasuk Tambunan, Sipitang, Pensiangan dan Tenom.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mengikuti maklumat terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Scroll to Top