Pelakon Lufya Omar memohon maaf di atas kesilapannya berkongsikan fakta mengenai detik perkenalan pempengaruh Dr Afifah Hidayah dengan suaminya, Kapten Amrul Nizar.
Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya turut menjelaskan dia perkenalkan pasangan itu ketika majlis berbuka puasa pada Ramadan tahun ini dan bukan pada 2025 seperti yang tersilap dinyatakan.
BACA: “Pertama Kali Kenalkan Mereka Berdua Ramadan Lepas” – Lufya
“Alamak! Ada sedikit kesilapan fakta dalam perkongsian saya sebelum ini mengenai kisah perkenalan Dr Afifah Hidayah (Dr Fie) dan Cap Amrul Anuar.
“Untuk penjelasan, fya sebenarnya mula mengenalkan mereka berdua ketika berbuka puasa bersama pada Ramadan tahun ini, iaitu Februari 2026, bukannya Ramadan tahun lepas (2025) seperti yang tersilap ditulis dalam artikel tersebar,” tulisnya.
Sementara itu, Lufya turut memohon maaf di atas kekeliruan dan kesilapan tersebut kerana telah menimbulkan salah faham terhadap Dr Fie.
“Saya mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila kesilapan tahun tersebut telah menimbulkan salah faham dan komen yang kurang menyenangkan terhadap Dr Fie. Janganlah kerana kesilapan fakta dalam perkongsian saya, orang lain pula yang menerima kecaman,” katanya.




