Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Setiap kali hujung minggu, mesti ramai antara kita yang akan keluar berjalan-jalan bersama kawan-kawan atau keluarga untuk rehatkan minda daripada penat bekerja sepanjang minggu betul tak?
Ada yang memilih untuk pergi ke tempat viral, membeli-belah, hiking ataupun ke luar negeri untuk menikmati udara segar sebelum memulakan minggu yang baru.
Cakap pasal luar negeri ni kan, perasan tak ramai juga yang bercuti ke Pulau Pinang kan? Haa, kalau korang ada pelan untuk ke Pulau Pinang, pastikan korang datang ke Lotus’s Ceria Market tau sebab banyak aktiviti menarik menanti!
Meriah Sakan Aih, Banyak Aktiviti Best Dok Menanti Hampa!
Apa yang best dekat Lotus’s Ceria Market ni, korang boleh santai-santai dengan kawan dan keluarga sambil menikmati makanan dan minuman daripada pelbagai jenis vendor.
Bukan itu saja, ada juga vendor yang menjual pelbagai jenis tanaman. Haa, ini mak-mak mesti suka punyalah!
Kalau korang nak cari pakaian, aksesori mahupun kopi pun ada juga tau.
5 Bengkel Menarik

Selain daripada vendor, tahu tak dekat Lotus’s Ceria Market ni juga ada beberapa bengkel menarik yang korang boleh sertai.
Antaranya bengkel Hand Drip Coffee and Latte Art, Mini Terrarium and Plant Potting, Tote Bag Screen Printing, Kid’s Cookie Decorating dan Soy Candle and Aroma Therapy.
Waktu inilah korang boleh luangkan masa bersama yang tersayang dan eratkan lagi hubungan dengan menyertai kesemua bengkel ini.
Psst, kemasukan adalah PERCUMA, dengan syarat korang perlu berbelanja di Lotus’s dengan dalam satu resit sama tau.
Setiap bengkel hanya tersedia untuk 15 hingga 20 orang peserta saja dengan durasi masa lebih kurang 60 hingga 90 minit, jadi siapa cepat, dia dapat!
Lucky Draw
Siapa dekat sini yang selalu ada tuah tu, jangan lupa sertai Lucky Draw sebab hadiah yang mereka tawarkan pun semuanya berbaloi!

Live Music
Nak rasa betul-betul santai sambil menikmati keindahan malam dan ditemani muzik, korang wajib stay untuk Live Music yang akan berlangsung pada jam 7 hingga 10 malam.
Menariknya, akan ada barisan penyanyi buskers, duo serta solo yang akan menghiburkan malam korang dengan 3 set persembahan tau.
Fuhh, bayangkan duduk beramai-ramai, makanan dan minuman tersedia depan meja, ditemani pula dengan alunan muzik, memang syahdu habis!
Mai Serbu Lotus’s Ceria Market, Confirm Tak Cemuih!

Haa, banyak kan aktiviti menarik tersedia di Lotus’s Ceria Market ni? Korang yang memang ada pelan nak jalan-jalan ke Pulau Pinang tu, pastikan korang datang ke acara ini tau!
Lokasi: Lotus’s Tanjung Pinang
Tarikh: 6 hingga 8 November 2026
Masa: 4 petang hingga 10 malam (Jumaat)
11 pagi hingga 10 malam (Sabtu dan Ahad)

Maklumat lanjut serta tawaran menarik, layari laman web rasmi Lotus’s Malaysia atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan Thread untuk update terkini.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




