MIAMI – Thomas Markle, bapa kepada Meghan Markle yang juga isteri Putera Harry ditahan di Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berhubung dakwaan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
Markle, 82, didakwa menyimpan bahan penderaan seksual kanak-kanak termasuk gambar yang memaparkan dirinya bersama beberapa gadis bawah umur.
Peguam Bill Essayli menegaskan dakwaan itu amat serius dan pihak pendakwaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Markle mengikut peruntukan undang-undang persekutuan.
Markle ditahan oleh ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di rumah persaraan yang didiaminya di Lakeland, Florida.
Menurut Jabatan Kehakiman AS, Markle menyembunyikan imej tidak senonoh itu di dua unit penyimpanan di kawasan Los Angeles yang disewanya selama hampir dua dekad.
Pihak berkuasa turut merampas kira-kira 78 bahan bukti daripada kedua-dua unit berkenaan termasuk slaid, negatif filem dan buku yang dipercayai mengandungi bahan penderaan seksual mangsa bawah umur.
Jika disabitkan kesalahan, Markle boleh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Selain itu, bahan yang disyaki mengandungi gambar penderaan seksual kanak-kanak turut dilaporkan ditemukan di bekas kediaman Markle di Filipina dan sebuah unit penyimpanan yang pernah disewanya di Mexico.
Pada bulan lalu, Meghan yang telah kembali ke Britain mengakui beliau amat tertekan dengan dakwaan memalukan itu dan bertindak menyekat hubungan lelaki itu dengan anak-anaknya berikutan beberapa tuduhan membimbangkan. – Agensi



