BREST, Perancis: Penonton yang menyebabkan kemalangan Peringkat 1 Tour de France berjaya ditahan, menurut sumber rapat dengan pihak penyiasat.
“Wanita itu sudah dikenal pasti dan dia ditahan beberapa minit lalu,” kata sumber berkenaan selepas pendakwaraya kota Brest di Normandy, Camille Miansoni berkata “seorang suspek dalam tahanan”.
Sabtu lalu, seorang peminat wanita yang memegang kadbod di tepi laluan perlumbaan antara Brest ke Landerneau menyebabkan pelumba Jerman Tony Martin terjatuh, diikuti puluhan pelumba lain yang berada di belakangnya.
Kemalangan itu menyebabkan perlumbaan tertangguh lima minit bagi meleraikan basikal-basikal yang tersangkut antara satu sama lain.
Insiden berkenaan serta beberapa siri kemalangan di peringkat kedua dan ketiga membuatkan pasukan-pasukan berang dan seluruh peloton melakukan bantahan secara simbolik dengan berhenti seketika di permulaan Peringkat 4 semalam. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




