STOCKHOLM: Beberapa orang terkorban selepas sebuah pesawat kecil yang digunakan untuk payung terjun dengan sembilan orang di dalamnya terhempas berhampiran sebuah lapangan terbang di luar Orebro di Sweden semalam, kata polis dan penyelamat.
Sebuah pesawat kecil terhempas berhampiran lapangan terbang Orebro, kira-kira 160 kilometer di barat Stockholm, menurut amaran yang diterima oleh Pusat Penyelarasan Penyelamat Bersama (JRCC) Sweden.
Mereka menemui pesawat terbabit di sepanjang salah satu landasan, Carl-Johan Linde, kata jurucakap Penguasa Maritim Sweden yang mengawasi JRCC, kepada AFP.
Setakat yang mereka ketahui, kemalangan itu berlaku ketika pesawat itu berlepas, tambahnya.
Sembilan orang dilaporkan berada di dalam pesawat membabitkan lapan penerjun udara dan juruterbang.
Jurucakap polis wilayah Bergslagen, Lars Hedelin, menyatakan kematian ‘banyak’.
Walaupun tidak memberikan angka tertentu, beliau menyatakan seorang telah dibawa ke hospital dengan kecederaan serius.
Pada tahun 2019, sembilan orang terbunuh ketika sebuah pesawat yang membawa penerjun udara terhempas di luar bandar Umea, timur laut Sweden. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




