PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan pertambahan kluster baharu apabila merekodkan sebanyak 30 kluster dengan 21 daripadanya adalah kluster tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, empat kluster komuniti, tiga kluster pusat tahanan manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster pendidikan, masing-masing satu kluster.
Beliau berkata, Malaysia juga merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 9,000 iaitu 9,180 kes berbanding semalam, 8,868 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,713 kes.
Katanya, sebanyak 77 kes kematian dicatatkan dengan 959 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 465 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 80,665 kes aktif.
āSelangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,400 diikuti Kuala Lumpur (1,271), Negeri Sembilan (899), Kedah (417), Sarawak (406), Sabah (323), Johor (315), Perak (241), Melaka (222) dan Pahang (214).
āHanya dua negeri mencatatkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (151) serta Pulau Pinang (142) manakala baki negeri yang lain merekodkan kes di bawah 100 iaitu Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan hanya Perlis, satu kes,ā katanya.
Mengulas mengenai 77 kes kematian, Noor Hisham berkata, Selangor kekal menjadi penyumbang utama iaitu 28 kes,Ā 17 kesĀ di Kuala Lumpur,Ā sembilan kesĀ di Melaka, masing-masingĀ lima kesĀ di Johor dan Negeri Sembilan,Ā empatĀ kes di Pahang, tiga kesĀ di Sarawak,masing-masingĀ dua kesĀ di Perak dan Terengganu, serta masing-masingĀ satu kesĀ di Kedah dan Labuan.
āSeramai 36 lelaki termasuk dua warga asing dan 41 wanita termasuk dua warga asing berusia antara 33 hingga 87 tahun dengan melibatkan 49 warga emas, 12 kes tiada latar belakang dan tujuh kes meninggal dunia di rumah.
āAntara penyakit yang dikesan pula, kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, paru-paru, asma, obesiti, hati, dislipidemia, kanser, strok dan saraf,ā katanya. ā UTUSAN ONLINE
Ā