EURO: Foden mungkin terlepas aksi final

EURO: Foden mungkin terlepas aksi final

LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate mendedahkan Phil Foden kemungkinan terlepas aksi final Euro 2020 menentang Itali selepas mengalami kecederaan kaki.

Foden yang juga pemain tengah Manchester City yang masuk sebagai pemain gantian ketika meraih kemenangan ke atas Denmark di pusingan separuh akhir tidak hadir pada sesi latihan England, semalam bagi mengelak masalah lebih buruk.

Pemain berusia 21 tahun itu bertarung untuk memulakan pertembungan di Wembley dengan Itali – final utama pertama England dalam tempoh 55 tahun – namun Southgate mengatakan dia mungkin tidak dapat pulih tepat pada masanya.

“Keadaannya masih belum pasti,” kata Southgate kepada BBC. “Kami harus memeriksa lagi, namun dia mengalami kecederaan kecil pada kakinya.

“Tetapi kami perlu memutuskan sama ada dia sempat pulih untuk membolehkannya mengambil bahagian dalam perlawanan, jadi pemeriksaan semula akan dilakukan.”

Foden antara pemain bintang City yang membantu pasukan itu memenangi Liga Perdana Inggeris, musim lalu.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top