Colunga turunkan penjaga gol berstatus 'atuk'

Colunga turunkan penjaga gol berstatus 'atuk'

Madrid: Kelab CD Colunga dijangka menurunkan penjaga gol berusia 70 tahun, Mateos Gonzalez dalam aksi divisyen kelima pada Ahad ini, sekali gus berpotensi menjadikannya pemain paling tua beraksi dalam perlawanan rasmi di Sepanyol.

Gonzalez yang bersara daripada bola sepak kompetitif pada usia 43 tahun kini membantu penjaga gol Colunga sepanjang kempen Tercera Federation Kumpulan Dua musim ini.

“Ini bukan rekod atau sesuatu yang pelik. Ia adalah satu penghormatan.

“Kita bercakap mengenai seorang lelaki yang pernah menjadi pelombong, yang mendedikasikan hidupnya kepada kerja dan bola sepak. Ini bukan soal angka, tetapi nilai. Jika ada yang hanya melihat usia, mereka terlepas maksud sebenar,” kata Colunga menerusi satu hantaran di Instagram.

Gonzalez memberitahu akhbar tempatan Las Provincias bahawa beliau tidak pasti sama ada akan bermain sepanjang perlawanan.

“Saya masih rasa lincah… ketika saya mula bermain, ia hampir seperti sukan yang berbeza. Bola dan padang juga lain.

“Saya masih ingat saya meletakkan bekas besar di sebelah gol supaya tanpa disedari pengadil, saya boleh menyauk air ketika padang becak, yang ketika itu hampir berlaku setiap hari,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top