Jepun derma lagi 1 juta lagi vaksin AstraZeneca kepada Taiwan

Jepun derma lagi 1 juta lagi vaksin AstraZeneca kepada Taiwan

Setakat ini Jeun sudah menyumbang sebanyak 3.4 juta dos vaksin AstraZeneca kepada Taiwan.

TOKYO: JJepun akan menghantar kumpulan ketiga vaksin yang didermakan kepada Taiwan minggu ini kata Menteri Luarnya Toshimitsu Motegi pada Selasa, dalam menunjukkan sokongan kepada pulau yang dituntut China dalam meningkatkan vaksinasi.

Motegi memberitahu wartawan bahawa vaksin AstraZeneca akan dihantar pada Khamis, yang akan menjadikan jumlah sumbangan vaksin oleh Jepun kepada Taiwan setakat ini berjumlah 3.4 juta dos.

Kumpulan pertama vaksin sudah pun dihantar pada Jun diikuti kumpulan kedua awal bulan ini.

Kementerian Luar Taiwan mengucapkan terima kasih, terutama ketika Jepun sendiri kini sedang menghadapi situasi koronavirus yang serius.

“Persahabatan antara Taiwan dan Jepun tidak pernah goyah. Kementerian Luar sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kita dalam kebebasan dan demokrasi atas bantuan dan sokongan padu mereka,” tambahnya.

Taiwan sebelum ini mengadu bahawa China campur tangan dan menyekat perjanjian awal tahun ini untuk mendapatkan vaksin BioNTech SE dari Jerman, bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Beijing, bagaimanapun sejak itu sumbangan banyak diterima kerajaan.

Bulan lalu Amerika Syarikat menumbang sebanyak 2.5 juta vaksin Moderna, sementara Lithuania menjanjikan sumbangan 20,000 dos vaksin AstraZeneca.

Taiwan kini sedang memperluas program vaksinasi dengan cepat, walaupun setakat ini hanya satu persepuluh daripada 23.5 juta penduduknya yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu daripada dua dos suntikan vaksin. Bagaimanapun kerajaan mempunyai jutaan dos vaksin yang sedang ditempah.

Wabak Covid-19 domestik di Taiwan secara relatifnya masih kecil dan terkawal walaupun terdapat jangkitan sproadik dalam kalangan komuniti.

Scroll to Top