PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa kesal kerana gagal mematuhi prosedur oeprasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa perarakan ke bangunan Parlimen, semalam.
Katanya, pada awalnya pihaknya hanya mahu menunjukkan sokongan kepada perarakan itu menerusi kehadirannya dari dalam kereta.
“Bagaimanapun, syarahan-syarahan yang diberikan (oleh pemimpin pembangkang) pada masa itu menyebabkan turut berkeinginan untuk turut serta,” katanya dalam perbincangan eksklusif secara dalam talian, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila mengulas dua kaedah yang diperlukan untuk pihak kerajaan bagi menangani Covid-19 iaitu penjarakan dan proses vaksinasi.
Terdahulu, ahli-ahli Parlimen Pembangkang cuba berarak ke bangunan Parlimen yang bermula dari Dataran Merdeka meskipun Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguh. – UTUSAN ONLINE




