Shah Alam: Penyanyi dan komposer, Hael Husaini berharap bahawa Nabila Razali dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua di AJL ke-35 nanti.
Di episod ketiga separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 kelmarin, Hael telah menggantikan Nabila bagi lagu tersebut.
Hael berkata bahawa ia lebih sesuai dinyanyikan oleh Nabila walaupun lagu tersebut merupakan hasil karyanya. Hael turut meminta peminat mendoakan kesihatan Nabila agar dapat membuat persembahan terbaik di AJL35 nanti.
“Saya mohon jasa baik peminat mendoakan kesihatan Nabila supaya dapat melakukan persembahan yang baik pada malam AJL35 nanti. Ini kerana Nabila lebih sesuai menyanyikan lagu Peluang Kedua memandangkan lagu ini dilahirkan untuknya meskipun ciptaan saya”, katanya kepada media BH Online.
Hael berkata dia menggantikan Nabila demi persahabatan dan mengakui gementar ketika membawa lagu itu di pentas separuh akhir. Sedar bahawa dia bukan calon terbaik, tetapi ia adalah keputusan bersama Nabila.
“Saya gementar kerana lagu Peluang Kedua sangat besar dan bersifat ‘Nabila Razali’. Saya bersetuju ketika nama dicadangkan kerana niat mahu membantu Nabila atas dasar persahabatan dan kepercayaannya terhadap saya”, katanya lagi.
Sumber: Roti Kaya
Akmal Hakim
Glamour Desk