Safawi Rasid Akan Kembali Ke Johor Untuk Musim 2021

Johor: Pemilik Johor Darul Tazim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan pemain sayap negara, Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan kelab itu bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

TMJ memberitahu perkara tersebut dalam satu temu bual bersama Astro Arena malam ini dimana Safawi akan menamatkan tempoh pinjaman beliau bersama kelab Portugal, Portimonense SC.

Safawi menyertai Portimonense secara pinjaman pada Oktober lalu namun beliau bergelut untuk mendapatkan minit bermain bersama skuad utama. Setakat ini, Safawi hanya beraksi bersama skuad B-23 tahun dalam saingan Primeira Liga Portugal B-23, dimana beliau memperoleh minit bermain sebanyak 53 minit. Safawi disenaraikan dalam skuad perlawanan dalam beberapa perlawanan namun bekas pemain T-Team FC itu hanya sekadar memanaskan bangku simpanan.-Vocket FC

Malay News
Sports Desk

Scroll to Top