PUTRAJAYA: PKPD di 5 lokaliti di Johor, Sabah
fidahruzki@bh.com.my
PUTRAJAYA: Lima lokaliti di Sabah dan Johor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat hingga 2 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata ia membabitkan Ladang Sungai Kahang, Kluang, Johor dan Kampung Tanjong Pagar, Sipitang; Setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang; Kampung Padang Tembak, Keningau serta Kampung Jawa, Tawau, semuanya di Sabah.
“Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, Rodzi turut mengumumkan penamatan PKPD di 11 lokaliti termasuk tiga ditamatkan hari ini, iaitu lebih awal dari tarikh dijadualkan tamat.
Katanya, ia membabitkan PKPD di Taman Sri Kebakat, Tumpat, Kelantan; Kampung Belum Baru, Hulu Perak, Perak; Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Mukim Matang, Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak; dua Kilang Comfort Rubber Glove iaitu di Matang dan Simpang serta Asrama Kilang Comfort Rubber Glove Hujung Matang di Perak; Taman Puteri, Kluang Johor; Kampung Kuala Mengalong, Sipitang, Sabah; dua kawasan di Kunak Sabah iaitu Perumahan Ladang Moslyn dan Kampung Kasnuri; serta dua kawasan di Kota Kinabalu iaitu di Kampung Tanjung Aru Lama dan University Apartment.
Selain itu, Kampung Bukit Merbau, Mukim Bukit Jawa, daerah Pasir Putih; Kampung Baru Pupoh, Pasir Putih dan Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang, semuanya di Kelantan.
© New Straits Times Press (M) Bhd



