Bekas Import Melaka United Hilang Sabar

Melaka: Beberapa bekas pemain import Melaka United dikatakan hilang sabar dan mahu membawa k3s tunggakan gaji ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk tindakan lanjut. Antara yang terkesan dengan situasi terbabit adalah Curran Ferns dan Romel Morales. Menurut sumber, Persatuan Bolasepak Melaka masih mempunyai tunggakan gaji enam bulan membabitkan Morales yang tidak dibayar sejak setahun lalu.

Katanya, ketika ini Morales masih lagi melakukan perbincangan bersama Musa bagi mencari jalan terbaik supaya tunggakan gaji berkenaan dapat diselesaikan.Saya dimaklumkan bahawa Musa mempunyai tunggakan gaji enam bulan yang masih lagi belum dibayar walaupun mereka menjanjikan akan berbuat demikian dengan segera.

Morales memahami situasi semasa dengan keadaan p@ndemik C0-v!d-19 namun sampai bila mahu menunggu lebih-lebih lagi dia masih lagi tiada pasukan untuk musim depan. K3s membabitkan Ferns pula dikhabarkan sudah dibawa ke Fifa dan ketika ini hanya menunggu keputusan lanjut berkaitan perkara itu, katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, sebelum ini Melaka dilaporkan sudah menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan skuad utama dan belia pada Ogos tahun lalu.
Khabar gembira terbabit jelas sekali meniup semangat pasukan berkenaan yang kini dalam misi mahu berada dalam kedudukan terbaik di saingan Liga Super selain menyusun semula pembangunan akar umbi.

Naib Presiden Musa Mohd Ashiq Abd Samad dilaporkan berkata, semua tunggakan gaji membabit pemain pasukan utama dan pembangunan termasuk Piala Presiden sudah selesai. sumber:HM

Malay News
Sports Desk

Scroll to Top