Anggota polis kacak, sado tular di TikTok – Utusan Digital

Anggota polis kacak, sado tular di TikTok – Utusan Digital

JAKARTA: Seorang anggota polis yang berasal dari Aceh menjadi tular dalam TikTok dek kerana penampilan dirinya yang tampan dan berbadan sasa.

Disebabkan kerap menampilkan kehidupan sebagai seorang anggota polis, Mustakim meraih lebih sejuta pengikut dalam media sosial itu.

Walaupun sudah menjadi selebriti TikTok, dia tetap mengutamakan pekerjaannya sebagai seorang anggota polis.

Menurut Mustakim, dia memuat naik kandungan dalam media sosial ketika masa senggang dan tidak mengganggu waktunya bekerja.

“Setiap aktiviti begini, saya harus mendapatkan keizinan daripada pimpinan saya di polis daerah Aceh dan selepas diizinkan baru saya boleh melakukannya.

“Saya tidak pernah menerima sebarang aduan kerana selagi mana ia adalah kandungan positif dan tidak melanggar peraturan,” katanya. – AGENSI

Scroll to Top