Kes positif menurun lagi kepada 14,954 – Utusan Digital

Kes positif menurun lagi kepada 14,954 – Utusan Digital

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 14,954 kes berbanding semalam, 15,549 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 2,707 kes diikuti Selangor (2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259) dan Perak (1,222).

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207) dan Negeri Sembilan (144).

“Perlis mencatatkan 76 kes dan Putrajaya, 19 kes manakala Labuan tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Scroll to Top