“Abah Sentiasa Doakan Yang Terbaik…Akhirnya Sangkar Ngeri Terungkai” – Suami Abby

“Abah Sentiasa Doakan Yang Terbaik…Akhirnya Sangkar Ngeri Terungkai” – Suami Abby

Suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria memberikan kata-kata semangat buat anak tirinya Marissa Dania selepas sah bercerai dengan suaminya, Aslam.

Menerusi perkongsian di Threads, Faizal berharap apa yang berlaku dijadikan pengajaran serta membuka lembaran baru demi masa depan.

BACA: “Sejak Kes Tu Tak Pernah Minta Maaf” – Suami Abby Pernah Tampar Aslam

“Apa yang dilalui sebelum ini jadikan ia sebagai pengajaran. Fikir masa depan, tutup segala cerita lama, ia mungkin tak boleh dipadam tetapi seal ketat-ketat, buka lembaran baru untuk masa depan adik. Abah sentiasa doakan yang terbaik untuk adik,” tulisnya.

Sementara itu, Faizal turut mendoakan yang terbaik buat Marissa serta meluahkan rasa syukur kemelut dilalui anak tiriya itu sudah pun berakhir. Kata Faizal lagi, doa Abby buat Marrissa tidak pernah putus dan kasih sayangnya sebagai ibu sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdullilah, akhirnya sangkar ngeri terungkai sudah. Allah yang lebih mengetahui segalanya, ingat doa Mama untuk adik tidak pernah lekang dari bibir Mama, kasih sayang mama hingga ke syurga,” tulisnya.


Scroll to Top