Seattle: Pemain tengah Qatar, Assim Madibo digantung lima perlawanan selepas menerima kad merah kerana terjahan yang menyebabkan kecederaan serius terhadap pemain tengah Kanada, Ismael Kone, kata Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.
Qatar mengalami kekalahan besar 6-0 kepada Kanada dalam perlawanan kedua Kumpulan B di mana Kone patah kaki akibat terjahan pada babak kedua daripada Madibo.
Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengenakan penggantungan lima perlawanan atas kesalahan permainan kasar namun mereka masih boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.
Kone selamat menjalani pembedahan dan Madibo serta menteri sukan Qatar sudah melawatnya di hospital untuk memeriksa keadaannya, kata Persatuan Bolasepak Qatar (QFA).
Qatar akan beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Bosnia dan Herzegovina manakala tuan rumah bersama, Kanada akan menentang Switzerland.
© New Straits Times Press (M) Bhd




