“Ada Jer Yang 5 Atau 6 Orang Anak Awet Muda.” Saya Tak Setuju! Walaupun Saya… – Siti Elizad – Hijabista

“Ada Jer Yang 5 Atau 6 Orang Anak Awet Muda.” Saya Tak Setuju! Walaupun Saya… – Siti Elizad – Hijabista

Sebagai seorang wanita, pastinya cantik menjadi keyakinan untuk tampil kehadapan, dalam kata lain, kecantikan dan kesempurnaan itu dapat dikecapi apabila yakin berhadapan yang dapat ditunjukkan diluaran. Namun lain pula pendapat si manis jelita Siti Elizad.

Seorang pelakon serta pengacara, Elizad atau nama sebenar, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 40, yang mempunyai persepsinya sendiri tentang wanita bina keyakinan dari kecantikan. Kecantikan adalah sujektif yang boleh kita nampak sama ada di mata kasar atau dalaman.

Bagi wanita yang hilang keyakinan tentang kecantikan, Elizad menyarankan agar mereka lebih bina semngat dari dalam hati jiwa dan rohani. Bukan itu sahaja pemikiran juga salah satu tunjak utama untuk membina kecantikan dalaman.

“Kalau ikut saya, secara peribadinya untuk kita bina semangat dan kecantikan bermula dari dalam, kalau pemikiran kita baik dan apa yang difikirkan baik, insyallah semuanya akan jadi baik. Tetapi apa yang lebih pentingnya kita ibersihkan hati dahulu,” kongsinya dalam majlis meraikan Hari Wanita besama theduckgroup.

Pastinya anda akan menjadi seorang wanita cantik luar dan dalam di mata orang ramai, bukan wanita yang cantik hanya dengan bersolek, tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Yang Satu Ni Tak Pernah Lekang Dari Bibir, Elizad Sharifuddin Terus Ikhtiar Mohon Dikurniakan Zuriat

Tiada anak muka lebih awet muda

“Ada Jer Yang 5 Atau 6 Orang Anak Awet Muda.” Saya Tak Setuju! Walaupun Saya… – Siti Elizad

Tular kenyataan seorang pempengaruh di negara seberang apabila mendakwa, wanita yang sudah berkahwin “Tidak memiliki anak adalah cara semula jadi awet muda”. Menganjak ke usia awal 40, Elizad tetap menyimpan hasrat untuk memiliki zuriat namun sehingga kini tidak dikurnikanNya.

Berbicara tentang tiada anak lebih awet muda, Elizad sama sekali tidak setuju dengan pendapat pempengaruh itu. Bergantung pada kehidupan seseorang, sama ada tidak punyai anak atau mempunyai anak sekiranya anda dapat mengimbangi cara gaya hidup pastinya persoalan ini tidak akan timbul.

“Ada Jer Yang 5 Atau 6 Orang Anak Awet Muda.” Saya Tak Setuju! Walaupun Saya… – Siti Elizad

“Pada mereka yang di luar sana ramai sahaja yang mempunyai 5 atau 6 orang anak tetapi tetap maintain cantik. Yang pentingnya kita perlu jaga kecantikan bukan untuk sesiapa tetapi untuk suami terdahulu malah untuk diri kita,” katanya

Tambahanan dunia media sosial sibuk untuk meraih ‘Like’ dan komen yang kadangkala yang boleh membawa tekanan dan anxiety seharusnya dielakkan.

Ujarnya lagi “saya mungkin nampak awet muda, kerana hidup berdua dan kebanyakkan aktiviti bersama suami sahaja lebih lasak berbanding mereka yang sudah mempunyai anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih Dihina, Elizad Terharu Apabila Dihubungi Permaisuri Agong & Terima Semangat Darinya

Idam melihat paras wajah ‘baby’

“Ada Jer Yang 5 Atau 6 Orang Anak Awet Muda.” Saya Tak Setuju! Walaupun Saya… – Siti Elizad

Sekadar info, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil. Dia dan suami, Shamsul Baharin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 tidak pernah berputus asa dan tetap berikhtiar untuk mendapat zuriat.

Usaha yang dilakukan oleh pelakon ini bagi mendapatkan cahaya mata menarik perhatian ramai, peminat yang tidak henti-henti beri sokongan dan mendoakan semoga impiannya tercapai. Apa yang lebih menarik ada yang mengidamkan bagaimanakah paras rupa ‘baby’ Elizad. Pertanyaan demi pertanyaan, dia menaggap itu satu semnagat untuk terus mencuba mendapatkan zuriat.

“Ada Jer Yang 5 Atau 6 Orang Anak Awet Muda.” Saya Tak Setuju! Walaupun Saya… – Siti Elizad

“Untuk tahun ini insyaalah saya akan cuba, cumanya itu semua ketentuan dari Allah. Kalau I boleh bagi on the spot saya bagi tapi sebenarnya saya ‘struggle’. Jika tidak dikuniakanNya saya dan suami masuk fasa redha dan enjoy meneruskan kehidupan,” katanya.

Menjadi satu tekanan apabila ditanya-tanya dan dirisik mengenai anak pada keluarga terutamanya ayah, tetapi jika ditanya padanya sendiri, Elizad dansuami sudah memasuki fasa redha, walaupun pada awal perkahwinan dia tidak bersedia untuk menimang anak.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.