Adakan PRN bukan keutamaan, saya mahu tumpu pulih ekonomi – PMX

Adakan PRN bukan keutamaan, saya mahu tumpu pulih ekonomi – PMX
Adakan PRN bukan keutamaan, saya mahu tumpu pulih ekonomi – PMX

Anwar Ibrahim

BATU PAHAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keutamaannya kini memulihkan ekonomi rakyat dan bukannya mengadakan pilihan raya negeri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, keputusan untuk mengadakan pilihan raya bukanlah kehendaknya, sebaliknya berlaku susulan tindakan pihak tertentu yang menarik sokongan dan mewujudkan ketidakstabilan politik.

Namun beliau menegaskan PH dan rakan komponennya bersedia untuk menghadapi cabaran PRN Johor dan Negeri Sembilan.

“Adakan pilihan raya negeri itu, bukan pilihan saya. Pilihan saya, bekerjasama terus, selamatkam ekonomi rakyat.

“Itu pilihan saya. Nak adakan pilihan raya baru, itu pilihan mereka.

Nak mengacau bilaukan itu pilihan mereka,” katanya.

Beliau ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Johor di sini, pada malam Sabtu.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, Anwar berkata pengalaman di Johor memberi banyak pengajaran kepada PH, khususnya dalam menghadapi perubahan sentimen pengundi.

Pada masa sama, beliau turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang ‘memaksa’ rakyat Johor khususnya warga emas beratur berjam-jam hanya untuk menerima bantuan tunai RM200.

“Sekarang 2026 tetapi masih perlu beratur, saya pun tidak setuju. Kita bagi beribu-ribu kepada rakyat, naikkan gaji pegawai kerajaan, tiada yang terpaksa beratur.

“Bukan tidak boleh beratur tetapi kerana RM200 rakyat terpaksa, saya nak tanya mengapa buat begitu. Sumbangan Tunai Rahmah, anak sekolah semua masuk akaun, tiada yang beratur.

“Ini menunjukkan cara kita berfikir, sama ada hormat atau tidak kepada rakaat, jangan ingat rakyat itu hamba. Rakyat ada hak, ada kebebasan dan ada semangat kemerdekaan,” katanya.

 

 

 

Scroll to Top