Adik Ipar Bari Sumbangan Sektor Hartanah, Wajar Bergelar Datuk – Uqasha Senrose

Adik Ipar Bari Sumbangan Sektor Hartanah, Wajar Bergelar Datuk – Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose tampil mempertahankan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang diterima adik iparnya, Datuk Hafez Halimi baru-baru ini.

Memetik BH Onlne, Uqasha menafikan darjah kebesaran itu ‘dibeli’ seperti didakwa netizen sebaliknya diterima atas sumbangan kepada masyarakat dalam sektor perumahan dan pembangunan.

BACA: “Saya Tak Akan Berhenti Mencuba Jadi Manusia Lebih Baik” – Nelydia Senrose

Menurut Uqasha lagi, adik iparnya seorang usahawan serta banyak terbabit dalam projek hartanah. 

“Pihak yang dapat gelaran Datuk adalah suami dia (Nelydia) dan automatik Datinlah (gelaran untuk adik). Jadi, apabila saya baca ada yang cakap Datuk (pingat) ‘beli’ dan sebagainya, apa yang saya boleh cakap, suami dia memang seorang usahawan.

“Adik ipar saya juga berdarah kerabat Terengganu dan dia banyak terbabit dalam projek sektor perumahan dan pembangunan. Atas dasar sumbangan itulah darjah kebesaran diberi,” katanya.

Sabtu lalu, Hafez dianugerahkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan.

Sumber: BH Online


Scroll to Top