Aedy Ashraf Bangga Dapat Bawa Dialek Kelantan – “Tiba Masanya Cerita Pada Malaysia Tentang Asal Usul Saya”

Aedy Ashraf Bangga Dapat Bawa Dialek Kelantan – “Tiba Masanya Cerita Pada Malaysia Tentang Asal Usul Saya”

Pelakon versatile, Aedy Ashraf mengaku berbangga dapat membawakan dialek Kelantan menerusi filem terbarunya, Kahar: Kapla High Council.

Kata Aedy ketika ditemui XTRA, walaupun lahir di Kelantan dan membesar dibanyak tempat, itu tidak menjadi masalah untuknya bertutur dalam loghat tersebut memandangkan ibunya juga berasal dari negeri Pantai Timur.

“Itupun antara cabaran juga. Sukar sebab saya membesar all the way daripada saya dilahirkan dan dalam empat tahun macam tu saya duduk di Kuala Lumpur. Ayah dan keluarga saya duduk di sana. Jadi, saya jarang berbahasa atau berdialek Kelantan.

“Tapi bila dapat offer ini, saya berbangga kerana saya rasa it’s the only time atau dah tiba masanya saya bercerita kepada Malaysia tentang di mana asal usul saya.

“Mungkin selama ni saya tak tunjuk dan untuk kali ini, di movie ini, saya boleh tunjuk yang saya ini berdarah Kelantan,” ulasnya.

 

Berkongsi lanjut, Aedy atau nama penuhnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, memaklumkan, mereka juga mempunyai jurubahasa untuk menyemak penggunaan dialek dalam filem tersebut.

“Untuk pengetahuan, filem ni kami ada dialek coach iaitu Wan Azli Wan Jusoh dimana dia adalah director untuk Filem Budak Kelantan dan director kita juga (untuk filem Kahar) juga orang Kelantan.

“Jadi apabila shooting, process saya dah terus bercakap bahasa Kelantan dengan Amir dan Razaisyam Rashid,” katanya.

Mengaku tidak mempunyai masa yang lama untuk menghafal dialog yang menuntutnya bercakap dalam loghat Kelantan, Aedy memaklumkan, ia bukanlah satu perkara yang asing.

Bahkan, pelakon drama rantaian popular TV3 ‘Budak Tebing’ ini tidak menolak sekiranya ditawarkan naskah yang memerlukannya bertutur dalam loghat sama.

“Saya rasa tak sangat kerana saya selalu dengar cuma tak praktikkan sahaja.

“Tapi bila saya selalu praktikan ia bukan satu benda yang asing.

“Sebelum ni saya banyak melakonkan watak dan dialek luar, macam cakap Temerloh, Sabah pernah, cakap Perak pun pernah dan sekarang ini saya bertutur dalam bahasa Kelantan.

“Tidak tolak tawaran sekiranya kalau dialek itu light light saya akan terima and take it as a challenge,” jelasnya.

 

Sekadar info, selain Aedy, filem Kahar: Kapla High Council ini turut dibintangi pelakon hebat seperti, Amir Ahnaf, Sky Iskandar, Fadli Masoot dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Lakonan Cemerlang! Zhaff Vlog Puji Amir Ahnaf, Aedy Ashraf – “Ini Calon Pelakon & Pembantu Lelaki Terbaik Untuk Next FFM”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bangga Dengan Mereka Walaupun Lebih Berpengalaman” – Aedy Ashraf

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 24 Tahun, Aedy Ashraf Akhirnya Rangkul Anugerah Pelakon Filem Popular… Pesan Anak Muda Jangan ‘Stop’ Berangan

ARTIKEL EBRKAITAN: “Taasub Nak Tayang Body Sangat” – Netizen Bitter Aedy Ashraf Tunggang Moto Tanpa Pakai Baju

Scroll to Top