Afifah Nasir selamat lahirkan bayi sulung

Afifah Nasir selamat lahirkan bayi sulung

Kuala Lumpur: Pelakon Afifah Nasir, 32, dan suami Syed Hariz menyambut kelahiran cahaya mata sulung seorang bayi lelaki dinamakan Syed Armand Mateen, petang semalam.

Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Nasir, 32, meluahkan rasa syukur rezeki beroleh zuriat hadir tepat setahun selepas mendirikan rumah tangga.

“Dicipta dengan penuh kasih sayang, diberkati Allah. Alhamdulillah, anugerah terindah dalam hidup kami akhirnya hadir juga. Syed Armand Mateen selamat dilahirkan ke dunia ini,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Pelakon Dulu Dollah Daebak itu turut berkongsi momen terindah penuh menyentuh emosi dalam sebuah foto dahinya dicium Hariz.

Berita gembira berkenaan juga disambut doa dan ucapan tahniah daripada orang ramai. Pengikutnya di Instagram mendoakan yang baik-baik buatnya.

“Alhamdulillah, tahniah Afifah dan suami. Selamat berpantang. Nama anak sangat indah, semoga membesar menjadi anak soleh. Momen ini terlalu manis.

“Sebagai seorang ibu, saya tersentuh tengok ini, rasa mahu beranak lagi,” itu antara komen-komen peminat.

Terdahulu, Afifah berkongsi khabar gembira dirinya hamil pada Mei lalu selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Afifah menzahirkan rasa syukur kerana impian menimang cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Allah, sekali gus melengkapkan kehidupan baharu mereka sebagai suami isteri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top