Oh! Negara
Ahli Kongres AS, Greg Landsman dakwa Malaysia memulakan “pembersihan Yahudi” susulan pendirian terhadap warga Israel.
Dakwaan kontroversi dilemparkan terhadap Malaysia selepas kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga Israel yang didapati berada di negara ini.
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Greg Landsman menyifatkan tindakan itu sebagai permulaan kepada apa yang didakwanya sebagai “pembersihan Yahudi”, walaupun pendirian Malaysia adalah terhadap warganegara Israel dan bukannya penganut agama Yahudi.
Dakwa Malaysia halau orang Yahudi

Landsman yang mewakili Parti Demokrat bagi Daerah Pertama Ohio mengeluarkan kenyataan rasmi pada Sabtu menerusi media sosial.
They’re kicking Jews out of Malaysia. We’ve seen this all before. The purge of Jews has begun. Predictable, and just the beginning. We know where this leads.- Katanya.
Beliau turut mendakwa tindakan Malaysia bukan sekadar menyasarkan rakyat Israel, malah dianggap sebagai diskriminasi terhadap orang Yahudi secara keseluruhan.
Kaitkan dengan bantuan AS

Menurut Landsman, Israel merupakan satu-satunya negara yang akan menerima orang Yahudi yang diusir dari negara lain. Beliau juga mendakwa pihak yang menyasarkan komuniti Yahudi sedang berusaha memusnahkan Israel.
Landsman berkata Amerika Syarikat menyalurkan bantuan kepada Malaysia dan rakyat negara ini tidak seharusnya dihukum atas keputusan kerajaan. Namun, beliau berpandangan bantuan itu perlu disertai jangkaan bahawa Malaysia tidak akan mendiskriminasi sekutu Washington.
Pejabatnya turut dilaporkan menghubungi Kedutaan Malaysia bagi menyampaikan pendirian berhubung perkara tersebut.
Malaysia kekal dengan pendirian

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Malaysia akan mengusir mana-mana warga Israel yang didapati memasuki negara ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel.
Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan terdapat individu Israel dalam komuniti teknologi Network School di Forest City, Johor termasuk dakwaan mereka memasuki Malaysia menggunakan pasport negara lain.
Setakat ini, tiada bukti rasmi bahawa Malaysia melaksanakan “pembersihan” terhadap orang Yahudi seperti didakwa Landsman. Dasar Putrajaya adalah berasaskan kewarganegaraan Israel serta pendirian diplomatik Malaysia yang tidak mengiktiraf negara berkenaan.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




