Ahmad Faizal kemuka nama ADUN Bersatu jadi Exco Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Ipoh: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mencadangkan beberapa nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti berkenaan untuk dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan percaya beliau akan membawa nama-nama ini untuk dipersembah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan kita harap yang terbaik,” katanya kepada pemberita pada Kempen Hijaukan Bumi Kita, Selamatkan Generasi Akan Datang anjuran Ahli Majlis Zon Pasir Pinji di sini hari ini.

Sumber: Sinar harian
Malay news
national desk