Air Mata Fazura Gugur, Doa Tak Putus Buat Fatima – “Allah Maha Mengetahui”

Air Mata Fazura Gugur, Doa Tak Putus Buat Fatima – “Allah Maha Mengetahui”

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura, tidak dapat menahan sebak apabila berbicara tentang puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, menerusi siaran langsung di Instagram baru-baru ini.

Menerusi video yang telah disunting semula oleh netizen ke platform TikTok, Fazura dilihat menitiskan air mata ketika menjawab pertanyaan peminat mengenai Fatima.

Jelas selebriti berusia 41 tahun itu, tumpuan utamanya adalah untuk menjaga emosi dan kebahagiaan Fatima.

“Tidak mengapa… Allah sentiasa bersama kita. Apa pun yang berlaku, Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar. Saya serahkan segalanya pada-Nya. Bila saya tengok Fatima terutamanya masa dia tidur, rasa sayu sangat.

“Fokus saya cuma satu iaitu menjaga Fatima sebaik mungkin, dari segi mental dan emosinya. Saya mahu dia sentiasa bahagia, gembira dan tenang… jauh daripada perkara yang boleh mengganggunya,” katanya.

Aktres filem popular Pisau Cukur ini juga turut menitipkan doa kepada Fatima yang dianggap sebagai permata dalam hidupnya.

“Fatima will always be my jewel. Doakan dia, semoga Allah sentiasa menjaganya. Aunties and uncles online selalu mendoakan dia, terima kasih banyak.

“Doakan semoga Fatima sentiasa dilindungi Allah SWT, dilindungi daripada merbahaya, orang yang berniat jahat.

“Allah Maha Mengetahui. Sebenarnya saya percaya doa saya sentiasa mengiringi dia, begitu juga nenek, keluarga saya, kawan-kawan saya,” katanya sebak.

Terdahulu, tular rakaman sesi langsung di media sosial apabila Fatima didakwa mengadu kononnya ‘Nenda’ (ibu kepada bekas suami, Fattah Amin) mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.

Fazura bagaimanapun dengan tenang menafikan tuduhan tersebut dan percaya bekas ibu mentuanya tidak akan mengeluarkan kata-kata sebegitu.

Tidak mahu isu berpanjangan, adik Fattah, Raihan Amin, turut tampil mempertahankan ibu mereka, Azizah Abd Ghani, daripada dakwaan tersebut menerusi ruangan komen di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Kredit: YouTube Selebriti Malaysia

Scroll to Top