Aisyah Hijanah & Aliff Teega pilih nama Safiyyah Hijanah untuk anak ke-3

Aisyah Hijanah & Aliff Teega pilih nama Safiyyah Hijanah untuk anak ke-3

Selepas tujuh hari menimang cahaya mata ke-3, Aisyah Hijanah & Aliff Teega memilih nama Safiyyah Hijanah untuk bayi mereka.

Hal tersebut dikongsikan pempengaruh dan juga usahawan tersebut di media sosial miliknya dengan menzahirkan rasa syukur kerana begitu mudah menguruskan anak perempuannya itu.

Semua berjalan dengan lancar

Ujar Aisyah, walaupun Saffiyah masih lagi mengalami kuning, namun dia langsung tidak banyak ragam dan semuanya berjalan dengan lancar sejak dalam kandungan lagi.

Aisyah Hijanah sempat berdebat dengan anak sulung nak pilih nama

Seloroh pempengaruh itu lagi, dia sempat berdebat dengan anak sulungnya, Khadeejah berkenaan nama anak ketiganya ini kerana kanak-kanak tersebut mahukan nama Sarrah untuk adiknya.

Namun, mereka sepakat untuk memberi nama Saffiyah bersempena dengan nama ibu saudara nabi iaitu Saffiyah binti Abdul Mutalib.

Artikel lain: Aisyah Hijanah selamat bersalin, Alif Teega sambut sendiri kelahiran anak ke-3

Aisyah Hijanah doakan anak2 membesar menjadi anak yang bai di dunia & akhirat

Dia juga sempat mendoakan agar anak-anaknya membesar dengan menjadi anak yang baik di dunia dan akhir. Dia turut berharap agar mereka terlindung daripada pandangan jahat manusia yang berniat buruk, jin syaitan yang menyesatkan serta haiwan-haiwan yang boleh menyakitkan.

Terdahulu, Aisyah Hijanah telah selamat melahirkan bagi ketiga pada minggu lalu. Difahamkan, suaminya, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani telah menyambut sendiri kelahiran anak mereka di dalam bilik bersalin serta mengiqamahkannya.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif telah mendirikan rumah tangga sekitar enam tahun lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Aisyah Hijanah