Akhiri Tanda Tanya, Yassin Senario Muncul di TikTok… Bakal Pulang Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat – “Bukan Menghilang, Tapi Bercuti”

Akhiri Tanda Tanya, Yassin Senario Muncul di TikTok… Bakal Pulang Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat – “Bukan Menghilang, Tapi Bercuti”

Setelah lama menyepi tanpa sebarang khabar, kemunculan mengejutkan Yassin, ahli kumpulan Senario, menerusi siaran langsung di TikTok pada Ahad telah menarik perhatian ramai.

Yassin tampil dalam sesi tersebut bersama penyanyi dan pengacara, @Rifkarl85Official, sekali gus menamatkan pelbagai spekulasi mengenai kehilangannya sebelum ini.

“Tunggu kepulangan saya di Malaysia. Insya-Allah, sekejap sahaja lagi saya balik,” katanya.

@rifkarl85official ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ#fyp #fypage #tiktokviral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Kehadiran Yassin atau nama penuhnya Yassin Yahya nyata menggembirakan para peminat yang merindui kehadirannya di platform hiburan, malah ramai yang meluahkan rasa teruja serta tidak sabar menantikan kepulangannya ke tanah air.

Namun begitu, apabila ditanya tentang kehilangannya, Yassin memilih untuk tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut dan mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

“Bukan menghilang, saya bercuti,” ujarnya berseloroh.

Difahamkan, pelawak dan penyanyi itu kini masih berada di Arab Saudi dan dijangka akan kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

Terdahulu, media tempatan pernah melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia telah ditahan di Jeddah atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja, seperti yang disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, namun identiti individu tersebut tidak didedahkan.

Individu terbabit dipercayai telah dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan bermula November lalu.

Menurut sumber, pelawak tersebut berkemungkinan boleh dibebaskan lebih awal sekiranya menunjukkan kelakuan yang baik sepanjang tempoh tahanan.

Scroll to Top