Siapa sangka, tengah menikmati makan malam di restoran mamak, tiba-tiba terserempak dengan Perdana Menteri yang duduk betul-betul di depan mata.
Namun, begitulah pengalaman yang dialami sebuah keluarga di restoran Nasi Kandar Stadium, Bandar Tun Razak semalam.
Terharu PMX ajak duduk berbual dan bergambar

Menerusi akaun seorang pengguna Tiktok, beliau berkongsi sebuah video yang memaparkan keterujaan bapanya berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kita semua kenali dengan panggilan PMX.
Sebenarnya kami semua terkejut apabila tiba-tiba PM dan keluarganya duduk di meja sebelah di mamak.
Ayah ingin bergambar dengan idolanya, tiba-tiba DSAI (Datuk Seri Anwar) ajak duduk di sebelahnya. What a dream come true.-Katanya
Dalam kapsyen video tersebut, wanita itu meluahkan rasa tidak percaya kerana dapat berpeluang bertemu dengan PMX dan keluarganya.
Ketika pertemuan itu, beliau turut berkongsi bahawa PMX adalah seorang yang sangat peramah dan rendah diri. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PMX kerana telah merealisasikan impian ayahnya.
Netizen puji PMX walaupun sibuk tetap cari masa bersama keluarga

Berdasarkan gambar yang dikongsi PMX di instagram, beliau turut memuat naik momen ke restoran itu bersama keluarganya.
Sempat melayani cucu-cucu yang kelaparan sebelum pulang ke rumah.-Katanya
Netizen juga turut meluahkan rasa bangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang sangat ‘humble’ dan memuji kesederhanaan PMX walaupun sibuk dengan tugas negara tetap mencari masa bersama keluarga.



#OhmediaNasihat
Sesibuk mana pun kita, jangan lupa meluangkan masa bersama keluarga yang sentiasa bersama dan menyokong kita, tanpa keluarga tiadalah kita.

