Kumpulan yang dianggotai tujuh anak muda berbakat besar ini bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan konsert solo mereka yang bakal berlangsung pada 28 Jun ini di Mega Star Arena.
Mengambil inspirasi daripada lagu hit mereka Rampas, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa tetapi sebuah manifesto muzik rock Malaysia yang membawa semangat perjuangan dan kuasa seni yang tulen.
Kata Akim, dengan konsep yang unik dan kreatif, penonton bukan sahaja dapat merasai pengalaman tetapi menjadi sebahagian daripada ‘isi’ konsert tersebut.
Rampasan besar-besaran
Dalam pada itu, konsert ini juga bakal menjadi titik permulaan revolusi muzik tanah air selain lebih banyak lagi konsert yang bakal menyusul kelak selepas konsert yang di adakan di Kuala Lumpur pada 28 Jun depan.
Membawakan 20 buah lagu secara langsung, Akim & The Majistret pastinya sudah bersedia sepenuhnya untuk memberikan yang terbaik buat seluruh peminatnya nanti.
Sekadar info, peminat Akim & The Majistret boleh mendapatkan tiket konsert bermula RM159 (Mewangi-normal seating), RM189(Saksama-rockzone) dan RM249(Potret-VIP seating) dan boleh didapati di www.ticket2u.com.my.




