Al-Ahly menang Liga Juara-Juara CAF

Kaherah: Mohamed Magdy menjadi wira Al-Ahly apabila golnya pada minit ke-86 permainan memberikan kemenangan 2-1 ke atas Zamalek SC dalam final Liga Juara-Juara CAF di Kaherah hari ini.

Dalam perlawanan itu, Amr El Solia terlebih dahulu meletakkan Al-Ahly di depan seawal minit ke-5 tetapi Shikabala berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 sebelum tamat separuh masa pertama.

Kejuaraan ini sekaligus membolehkan Al-Ahly melebarkan rekod mereka kepada sembilan gelaran dan yang pertama sejak tahun 2013.

Kejayaan itu juga turut meletakkan Pitso Mosimane dari Afrika Selatan sebagai pengendali ketiga selepas Oscar Fullone dan Mahmoud el Gohary yang memenangi gelaran Liga Juara-Juara CAF bersama dua kelab.

Sebelum ini, Mosimane yang membimbing Mamelodi Sundowns dari Afrika Selatan berjaya mengatasi Zamalek SC dengan aggregat 3-1 untuk gelaran pada tahun 2016.

Sumber: BH

Akmal Hakim
Sports Desk